Tayangan video KDB (Tips keselamatan internet kepada kanak kanak)

7 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 06 Oktober 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru telah mengadakan satu tayangan video Klik dengan Bijak mengenai tips keselamatan internet kepada kanak-kanak. Tayangan video ini telah dijalankan di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya dan telah disertai oleh seramai 10 orang peserta berusia dalam lingkungan 7 sehingga 12 tahun.

Tujuan tayangan video Klik dengan Bijak ini ditayangkan adalah untuk memberi kesedaran kepada kanak-kanak yang sering menggunakan internet sebagai medium belajar supaya sentiasa berhati-hati dan tidak lalai. Sebarang perlakuan pelik di internet harus dilaporkan segera kepada ibu bapa atau penjaga mereka. Mereka juga tidak harus memuat turun aplikasi atau imej yang tidak elok. Ibu bapa harus memantau anak-anak mereka supaya sentiasa terjaga dan tahu perkembangan anak.

Antara kebaikan yang peserta perolehi dari tayangan video ini ialah peserta tahu beberapa tips keselamatan ketika menggunakan internet. Kata kunci seharusnya sulit dan tidak boleh dikongsi. Maklumat peribadi tidak boleh dikongsi dengan mana-mana pihak yang mencurigakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali